7 Bandar Ajaib Baharu

7 bandar keajaipan baharu merupakan siri ketiga dalam pemilihan berasaskan sumber Internet yang dikendalikan oleh New7Wonders Foundation berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat[1]. Pemilihan antarabangsa bermula dengan 1200 bandar terpilih dari 220 buah negara serata dunia. Kemudian ia dikurangkan dengan mengehadkan untuk satu negara diwakili satu bandar sahaja kepada 77 buah bandar terpilih. Seterusnya, 28 finalis telah dipilih. 7 pemenang teratas telah diundi daripada pengundi-pengundi dari seantero dunia. Pemenang-pemenangnya telah diumumkan pada hujung 2014.

  1. ^ "These 7 Cities Are The New 'Urban Wonders' Of The World". Business Insider. Dicapai pada 10 August 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy